Wednesday, 2 November 2011
Tuesday, 1 November 2011
LENCANA SEKOLAH
Lencana Sekolah
Kedudukan sekolah adalah berhampiran dengan Bandar Johor Bahru. Ibu bapa bagi murid-murid sekolah ini ada juga bertugas sebagai penjawat awam seperti Polis, Imigresen, Kastam, Petugas Hospital, Guru dan penjawat awam yang lain.Penerangan Logo Sekolah:
Warna Biru - Laut; menggambarkan kawasan nelayan
Warna Kuning - Warna Diraja bagi Negeri Johor.
Warna Merah - Berani
Warna Hijau - Johor sebagai Negeri Islam
Gambar Padi - Makanan Ruji rakyat Malaysia
Ikan - Hidup Bersatu Padu
Buku dan Obor - Ilmu
MOTO SEKOLAH
MOTO SEKOLAH
Moto SMK Syed Ibrahim ialah 'TULUS DENGAN FADILAH, AZAM DENGAN BAKTI'. 'Tulus dengan fadilah' membayangkan murid-murid yang sentiasa berbudi dan tidak angkuh ataupun menindas orang lain. Kita harus sentiasa mengamalkan sifat yang manis dan berbudi. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas sebarang kejayaan yang dicapai. Sikap bangga atau bongkak seseorang hendaklah dihindari dan segala bakat yang ada harus digunakan untuk memberi bimbingan dan pertolongan kepada orang yang kurang berbakat. Ini akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami. 'Azam dengan bakti' bermakna kita mesti berusaha dengan tekun dalam segala kewajipan kita walaupun ia nampak kecil atau kurang penting. Kewajipan seseorang murid ialah memuja mengikut agama masing-masing, hormat-menghormati ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua, mematuhi segala peraturan dan undang-undang sekolah dan yang paling penting sekali ialah belajar dan berusaha dengan tekun. Melalui motto sekolah ini, sekolah akan dapat menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab dan berbudi di masa hadapan.
PIAGAM SEKOLAH
PIAGAM SEKOLAH
Kami berjanji akan berikhtiar
supaya anak murid sekolah ini
dapat menyerap segala pengajaran kami
yang berdasarkan falsafah pendidikan negara
untuk menjadi seorang yang berdisiplin,
bijak rajin, kreatif dan inovatif
serta berpegang teguh
pada kepercayaan kepada Tuhan
dan mereka dapat hidup berdikari
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat
supaya anak murid sekolah ini
dapat menyerap segala pengajaran kami
yang berdasarkan falsafah pendidikan negara
untuk menjadi seorang yang berdisiplin,
bijak rajin, kreatif dan inovatif
serta berpegang teguh
pada kepercayaan kepada Tuhan
dan mereka dapat hidup berdikari
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat
VISI DAN MISI
VISI SEKOLAH
MENINGKATKAN KUALITI PRESTASI PMR DAN SPM SEKOLAH SUPAYA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG !
MISI SEKOLAH
- MEWUJUDKAN KUMPULAN KERJA BAGI MEREALISASIKAN VISI DENGAN BERPANDUKAN P&P YANG BERKESAN.
- MEWUJUDKAN BUDAYA RAJIN BERUSAHA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH.
- MEWUJUDKAN BUDAYA KERJA YANG EFISYEN ANTARA STAF SEKOLAH.
- MENDAPATKAN KERJASAMA DAN SOKONGAN DARIPADA PIBG DAN SETERUSNYA DARI SEMUA IBUBAPA
Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia
Lagu Tema Hari Guru 2011:
BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AHKLAK TERPUJI
GURU MENDIDIK INSAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA... SATU MALAYSIA
LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM
Subscribe to:
Comments (Atom)



